Antara Sahabat Dan Ikhwan

Pada suatu hari berlaku perbualan antara Nabi Muhammmad S.A.W dgn Abu Bakar As Siddiq. Sahabat-sahabat lain pun ada m'dengarnya. ''Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dgn saudara-saudaraku(ikhwan),'' ujar Nabi Muhammad S.A.W. ''Wahai Rasullulah,bukankah kami ini teman-temanmu?'' jawab Abu Bakar. '' Bukan!'' sanggah Nabi. Kamu adalah sahabat-sahabatku,'' balas Nabi tegas. Kata-kata baginda membuatkan Abu Bakar  dan para sahabat yg lain berasa  hairan.Apakah bezanya antara sahabat dgn ikhwan? Siapakah yg dimaksudkan Nabi Muhammad  S.A.W  itu dgn penuh kerinduan?

''Ikhwan(saudara-saudara)ku.Mereka belum pernah melihat aku,tetapi mereka beriman dgn aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintai aku. Aku dicintai melebihi  anak dan orang tua mereka.''
Ya Rasulullah,bukankah kami ini ikhwan mu?'' bertanya salah seorang drpd sahabat.''Kamu adalah sahabat-sahabatku,'' jelas Nabi Muhammad. Wahai Abu Bakar,adakah engkau tidak akan  merindui ikhwanku itu kerana engkau sahabatku?'' Demikian Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan  perkara itu.


Begitualh Nabi Muhammad s.a.w menerangkan bahawa mereka itu umat sesudah  wafatnya baginda. Mereka itu beriman kpd Allah dan Rasul-Nya walaupun tidak pernah bertemu dgn baginda.Mereka juga mencintai Abu Bakar Siddiq dan sahabat-sahabat Nabi yg berjuang pada menegakkan islam.

Tujuh Golongan Mendapat Perlindungan Arasy' Di Hari Akhirat

  1. Pemimpin yg adil
  2. Pemuda yg hatinya sentiasa terpaut pada masjid
  3. Dua orang yg saling cinta-mencintai kerana Allah
  4. Orang yg mengingati Allah di tempat sunyi sehigga menitis air mata kerana takut kepada Allah
  5. Seorang lelaki yg menolak ajakan wanita cantik dengan berkata:''Aku takutkan Allah
  6. Orang yg besedekah dan menyembuyikan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yg diberi oleh tangan kanannya
  7. Pemuda yg mengisi masa mudanya dgn ibadah

7 Sunnah Rasulullah S.A.W

  1. Tahajjud,kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahjjudnya.
  2. Membaca Al-Quran sblm terbit matahari.Alangkah baiknya sblmm  mata melihat dunia,sebaiknya mata membaca al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
  3. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.Sblm melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid,kerana masjid merupakan pusat keberkahan,bukan kerana panggilan mu'azzin tetapi panggilan Allah yg mncari org beriman utk memakmurkan masjid Allah.
  4. Jaga solat dhuha,kerana kunci rezeki terletak pd solat dhuha.
  5. Jaga sedekah setiap hari.Allah menyukai org yg suka bersedekah,dan malaikat Allah selalu mendoakan kpd org yg bersedekah setiap hari.
  6. Jaga wudhu' terus-menerus krn Allah menyayangi hamba yg berwudhu'.
  7. Amalkan istigfar setiap saat.Dgn istigfar masalah yg terjadi krn dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.