Antara Sahabat Dan Ikhwan

Pada suatu hari berlaku perbualan antara Nabi Muhammmad S.A.W dgn Abu Bakar As Siddiq. Sahabat-sahabat lain pun ada m'dengarnya. ''Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dgn saudara-saudaraku(ikhwan),'' ujar Nabi Muhammad S.A.W. ''Wahai Rasullulah,bukankah kami ini teman-temanmu?'' jawab Abu Bakar. '' Bukan!'' sanggah Nabi. Kamu adalah sahabat-sahabatku,'' balas Nabi tegas. Kata-kata baginda membuatkan Abu Bakar  dan para sahabat yg lain berasa  hairan.Apakah bezanya antara sahabat dgn ikhwan? Siapakah yg dimaksudkan Nabi Muhammad  S.A.W  itu dgn penuh kerinduan?

''Ikhwan(saudara-saudara)ku.Mereka belum pernah melihat aku,tetapi mereka beriman dgn aku sebagai Rasulullah dan mereka mencintai aku. Aku dicintai melebihi  anak dan orang tua mereka.''
Ya Rasulullah,bukankah kami ini ikhwan mu?'' bertanya salah seorang drpd sahabat.''Kamu adalah sahabat-sahabatku,'' jelas Nabi Muhammad. Wahai Abu Bakar,adakah engkau tidak akan  merindui ikhwanku itu kerana engkau sahabatku?'' Demikian Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan  perkara itu.


Begitualh Nabi Muhammad s.a.w menerangkan bahawa mereka itu umat sesudah  wafatnya baginda. Mereka itu beriman kpd Allah dan Rasul-Nya walaupun tidak pernah bertemu dgn baginda.Mereka juga mencintai Abu Bakar Siddiq dan sahabat-sahabat Nabi yg berjuang pada menegakkan islam.